Friday, January 27, 2012

please be humble to HIM

assalamualaikum.. dah lama x kacau entry..

kali ni nak cerita tentang semua makhluk Allah di muka bumi ni...
dalam surah al hasyr ada menyebut mengenai makhluk Allah yang tunduk pada pencipta mereka.. kalau kita dapat lihat gunung-ganang sujud kepada Allah.. kenapa Allah tak bagi kita tengok makhluk2 mcm tu sujud kepada Allah? mesti setiap yang berlaku ada sebab kan... pasti manusia akan takut menggigil dan malu kepada gunung ganang.. sedangkan mereka sentiasa sujud,berzikir,bertasbih dan memohon ampun kepada Allah...kita manusia? sebaik2 jadian...paling sempurna antara makhluk yang Allah ciptakan...tidak malu untuk tidak sujud kepada Allah dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..malah sering melalkukan maksiat dengan penuh rasa bangga.. tidak malukah kita dengan makhluk yang lain? sedangakn ikan tidak bergerak tatkala azan dilaungkan...kita manusia? boleh bergelak ketawa, berborak tanpa menghiraukan azan yang sedang berkumandang..langsung tiada rasa hormat dengan laungan azan yang penuh mulia itu...

saya sendiri malu dengan ikan.. pernah satu hari tu... sedang saya menonton tv dirumah...dkat tepi tv ada akuarium..ada ikanla dalam tu... bila tiba waktu zohor..saya tengok ikan tu xbergerak...pelik jugak mula2... then azan pon berkumandang... saya still tgk ikan tu.... semasa azan tengan berkumandang sampai habis..ikan tuy tak bergerak langsung....smpailah habis saya baca doa lepas azan..baru ikan tu bergerak..then sy perhati lagi pada waktu asar n maghrib untuk surekn...ya..memang ikan tu xbergerak msa azan... masa tu saya tergamam... terlintas dalam hati... Ya Allah..sedangkan ikan boleh duduk diam masa azan berkumandang..apatah lagi kita manusia...seharusnya lebih baik dari itu! 

makhluk2 lain dengan tekun beribadah lepada MAHA PENCIPTA...sedangkan kita manusia.... tekun melakukan kerja dunia...  langsung tidak memikirkan ganjaran2 apabila melakukan ibdaha yang dituntut oleh Allah... sedar2lah..masa sudah dekat... kita tak tahu masa bila ajal kita datang... mane tahu masa tengah minum air..tercekik then mninggal..ataupun tengah tekan2 keyboard...then tangan krem then mninggal..wallahualam... rahsia Allah...kita tak tahu...






Wednesday, January 11, 2012

maksud disebalik hadiah

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu, 
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra, ...
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..


MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))

don't judge

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. ... "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??

doktor tersebut tersenyum dan berkata : " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya..

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi berkata : " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.

."memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..

x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat.!

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is  what they're going through

Sunday, January 1, 2012

bahana bercakap ketika azan


Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya

masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata

apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan

kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan

kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan,

kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.



Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri

tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan

diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan

lidahnya ketika nazak.



Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita

tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang

dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn

izinNya ,menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama

menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu

semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami

dengan kematian yang baik lagi mulia ,lancarkan lidah kami mengucap

kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin..

amin Yarobbal a'lamin..



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A :




Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..





Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.





Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.





Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.





Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma

masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit

terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk

pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak

ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.



Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui

e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali

berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI

SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH..

*cahaya pelangi