Saturday, July 28, 2012

berita baik untuk orang yang bertaubat!!

dah terlanjur buat maksiat atau dosa?? jangan putus asa. pintu taubat tiudak pernah tertutup untuk kita selagi nyawa masih ada dan matahari tidak terbit dari barat ke timur.
jom kita lihat apakah berita gembira itu..


  1. petua kejayaan. apa kata masukkan bertaubat dan beristighfar sebagai salah satu langkah mencapai kejayaan. ini selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud "dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beroleh keberuntungan (beroleh kejayaan)." (surah al-nur 24:31)
  2. lupus dosa. jika dahulu dosa seolah-olah menjadi "perhiasan" diri, kini dosa akan dibakulsampahkan. pasti seronok kalau akaun dosa kini jadi defisit. Allah berfirman yang bermaksud: "wahai orang2 yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat (taubat yang semurni-murninya). mudah2an Rabmu akan menutup kesalahan2 dan memasukkan kamu kedalam jannah yang mengalir dibawahnya sungai2." (surah al-Tahrim 66:8)
  3. keburukan diganti dengan kebaikan. tidak percaya? hayati mafhum al-Quran ini:"kecuali orang yang bertaubat,beriman dan mengerjakan amal soleh ; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah al-Furqan 25:70)
  4. anugerah dan nikmat. Asbab beroleh anugerah dan nikmat seperti ditambahkan kekuatan,anak,harta ataupun diturunkan hujan. Allah berfirman yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-NYA.(jika kamu mengerjakan yang demikiann), nescaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kewaktu yang yang telah ditentukan dan DIA akan memberikan tiap2 orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (surah Hud 11:3)
  5. dicintai Allah. bukan sekali, malah berkali2 Allah akan ulang kenyataan ini. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:" sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (surah al-Baqarah 2:222)
petikan dr: solusi isu 46

kerana yang mahu berubah itu aku..

kerana aku hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa2 yang istimewa melainkan diberi hati untuk dicorak,diberi akal untuk bijak berfikir dan jasad untuk bebas bergerak..
cemburu melihat ramai gadis2 muslimah yang anggun bergaya walhal hanya dikenakan pakaian yang simple coraknya... kerana aku manusia biasa..cemburu melihat ramai gadis muslimah yang sopan santun dan tinggi ilmunya..
justeru, dengan perasaan ingin beruibahm,aku cuba untuk mencorak diriku menjadi seperti mereka dan mencuba menjadi yang lebih baik.. alhamdulillah, perubahan itu berjaya aku laksanakan..namun,tiada gunalah berubah sahaja tanpa istiqamah yang tekad... aku tersungkur...
kerana aku manusia, yang tak lari dari melakukan dosa.. bermukim sebentar diatu tempat atas arahan.. sikit demi sedikit aku berubah..namuin aku tidak menyalah persekitaran kerana aku yang berhak mencorak diriku sendiri,bukan persekitaran... jauh dari keluarga dan tidak mengenali sesiapa disitu..hanya aku.. terbang tudung labuhku kerana 24jam terpaksa memakai tudung yang disediakan..kalau tak pakai karang kena hukuman pulak... alhamdulillah, Allah memang Maha Menjaga makhlukNYA... DIA menjaga aku dengan memberi ahli2 bilik yang baik dan menjaga akhlaknya... walaupun tidak sama.mereka menghormati aku dan mendengar segala bebelanku...  aku disana juga menjaga batas2 pergaulan antara ajnabi... mungkin ini salah satu sifatku,malas mahu memandang lelaki.. di saat2 akhir aku disana,aku berkawan rapat pula dengan dua orang gadis yang comel dan sopan.. disitrulah aku mengajak mereka 'lepak' disurau selepas duty..(jam 4pagi)... kami melakukan banyak solat sunat..alhamdulillah memang satu nikmat dan kenangan yang tak dapat aku lupakan... sekejap namun bermakna...

sekembali aku di tempat tinggalku, aku jadi seperti diriku yang dahulu... tudung labuh terus dijadikan barang antik yang disimpan di almari bilik.. aku mahu memakainya..namun tiada kekuatan kerana banyak dosa yang aku lakukan...seperti tidak layak langsung untuk memakainya... kadang2 terasa juga bila orang2 sekeliling bertanya mana hilangnya aku yang dahulu... hmm... aku cuma ada satu jawapan sahaja... "berilah ruang dan masa untuk aku berubah kepada yang dahulu..kerana aku mahu mencari hidayah tanpa meniru orang sekeliling dan tanpa sifat cemburu terhadap gadis2 muslimah yang anggun dan sopan santun itu...agar2 aku mampu beristiqamah dan terus tekun melaksanakan tugasan2 yang diarah olehMU.."