Monday, May 20, 2013

sup ayam enak (non original from korean)


assalamualaikum w.b.t..

harini teringin nak share sikit resepi-resepi yang saya pernah buat. resepi yang lebih kepada main campak-campak je. certain orang mungkin tak suka mencuba. but..why not kita cuba sesuatu yang baru kan? janji makanan tu sedap sudah.. resepi harini adalah sup ayam enak!

bahan-bahan:
1/4 seekor ayam. potong besar.. bukan macam sup ayam biasa.
4 biji bawang putih.
1 jintan manis
2 batang serai(saiz sderhana)
2 sudu teh garam
spotong halia.(kalau nak bau kuat letak besar sikit.terpulang)
2 mangkuk besar air putih.(plain water)
2sudu minyak masak(untuk tumis)

cara membuat:
1.basuh ayam dengan sebersihnya.. buanglah lemak2 yang ada dekat situ. bawag putih dengan serai tu tak payah tumbuk or cincang. just penyek je.(ambil pisau then penyek dorg tu guna pisau, senang sikit) halia pun buat perkara yg sama.
2. panaskan periuk, letakkan minyak 2 sudu tu tadi. terus letak bawang putih untuk ditumis. bila dah naik bau terus masukkan air. terpulang sebenarnya nak letak banyak mana air tu.
3. masukkan serai, jintan manis n halia tu tadi. masukkan garam. bila dah agak2 mendidih, masukkan ayam tu.
4. biarkan ayam tu empuk dalam 1 jam. kita nak kasi dia lembut n empuk. sebab tu perlukan air yang banyak. rasalah masin ke tak, kalau kurang rasa,letak lagi garam. nak lg sedap, bubuh lada hitam. memang bagus untuk kesihatan.


senang je nak buat dia. saya masih lagi amatur, sebab tu main campak je bahan-bahan tu. semangat buat sup ni lepas tengok cerita korea, we got married. cuma dorg letak ginseng n herba-herba. kita letak ikut tekak melayu je.. gambar tak ada, tak sempat nak snap..so..selamat mencuba!

Saturday, April 6, 2013

makin diteguk makin dahaga


Sesungguhnya dunia ini masin, makin diteguk makin dahaga.

“ Dunia ibarat air laut,
Diminum hanya menambahkan haus,
Nfsu bagaikan fatamorgana,
Di padang pasir…”
Antara bait-bait lagu nasyid yang pernah didendangkan oleh The Zikr suatu ketika dahulu. Harus kita fahami hakikat akhirat yang perlu kita garab. Solat dan puasa antara salah satu cara untuk mencari pesona akhirat. Melebihkan akhirat dari segalanya.
Sedarilah bahawa solat merupakan terapi jiwa yang terbaik solat juga mampu menjadikan seorang mukmin itu ketagih, ingin lagi dan lagi. Andai ini yang dirasakan dalam diri kita, nescaya ia merupakan satu rahmat yang cukup besar. Lihatlah al-Rabi’ bin Khutaim, walaupun beliau lumpuh dan diberi penegcualian daripada solat berjemaah di masjid, beliau bukan sahaja tetap menunaikan solat, malah tetap berusaha untuk berjemaah. Apabila hati sudah ketagih solat, pantang terdengar kalimah “ marilah solat”, walaupun terpaksa merangkak pasti sanggup.
Sebagaimana puasa, Allah tidak pernah mensyariatkan sesuatu, melainkan pasti mengandungi hikmah yang demikian besar. Sesungguhnya puasa mempunyai 1001 makna yahng tersirat. Puasa mampu menjadikan seorang muslim itu sabar, melawan nafsu, mendidik menjadi manusia yang berdisiplin dan mengutamakan akhirat daripada duniawi. Malah pada hakikat sebenar, puasa mampu menjadikan tubuh badan kita bertenaga dua kali ganda. Lihat betapa sayangnya Allah kepada hamba – hamba-Nya yang penuh dosa. Maski kita sentiasa melakukan dosa, Allah tetap memberi syafaat kepada kita. 

Saturday, March 23, 2013

'insan' itu milik Allah, 'hati' juga milik Allah


Wahai ‘insan’…
Jangan dipetik hati ini,
Meski hati ini sukar menerima,
Namun takdir Allah siapa menduga,
Terjelopok kedalam api itu,
Dengan penuh mengharap itu yang terbaik,
Wahai ‘insan’..
Kasihanilah hati ini,
Meruntun hiba saat dilamar kasih,
Mulut benar berkata tidak,
Kerna banyak benar beza antara kita,
Sehingga ku rasa hina disisi-NYA..
Benar…
Tiada yang sempurna,
Kucuba pujuk hati agar memahami segala segi,
Namun ‘kau’ dahulu mengorak langkah kedepan,
Membetulkan keadaan,
Ada yang lebih penting harus kita gapai,
Cinta manusia pasti kan disakiti,
Namun cinta Allah tiada yang dapat menyakiti kita,
Hati ini mohon lepaskan diri,
Meski seakan tertusuk duri,
Dan ‘kau’ juga memahami situasi,
Aku tidak mengharap lagi,
Namun kudoa agar ‘kisah itu’ kan wujud atas dasar cinta Allah cinta abadi.
Mungkin kisah itu bukan milik hati ini,
Tapi pasti ada yang bertuah kan merasai nikmat itu,
Kerna ‘insan’ itu berani sekali antara yang lain,
Dan ‘hati ini’ redhai agamamu..
Mohon disatukan atas dasar kerana Allah..
Meski, sebagai seorang sahabat dunia akhirat…>.<

Sunday, March 17, 2013

Diri Sehamis Nanah


Jauh kaki melangkah,
seolah berat untuk berhenti dari menapak ke atas pepasir pepasir yang halus debunya,
saat hati terbungkam dengan bias sendiri,
jiwa terjatuh hingga tiada siapa yang simpati untuk memungut,
saat jiwa-jiwa yang serba kecil mahu dikembangkan isinya,
masih lagi tiada yang simpati mahu meniup roh-roh udara syurga.
Hingga diri terkaku sendiri,
mata mendongak kelangit,
melihat malam-malam yang rendah diri menundukkan diri mereka,
membenarkan kegelapan berlaku semata-mata mahu menyelamatkan nyawa manusia yang tamak akan dunia,
menghembus tenaga untuk si pencinta pencari rezeki.
Namun si hati yang penuh kekosongan ini,
masih menerapak di derapan air yang penuh syahdu memuji asma-Mu.
Sesungguhnya hati yang penuh layu ini mahu meminta pertolongan bintang-bintang yang begemerlapan yang asyik memuji keagungan Sang Pencipta,
namun si bintang hanya mampu melihat tanpa mencemari lagi si hati yang penuh kotor itu.
Mungkin doanya agar si hati yang penuh hina itu menerima sekalung emas permata yang tiada nilainya.
Mata masih lagi cuba untuk mendongak keatas,
mencari sinar cahaya,
meski mata itu jua yang merosakkan minda,
lalu menusuk ke hati yang mulanya bersih,
menginap di jiwa-jiwa yang hakikatnya diciptakan untuk tunduk pada Si Dia,
yang tidak pernah berhenti memerhati dengan penuh kasih dan rahmat.
Tika hati sedang layu,
lemah dan kotor,
siapa yang mampu mendekati diri ini?
Sedangkan hati sebusuk longkang,
seburuk sampah,
sehamis nanah yang menggelegak,
tiada yang berani mendekat,
malah sedia untuk memberi kata nista.
Siapa yang mahu membantu?
Siapa yang masih setia saat diri serba hina dan hamper jatuh tersungkur ke tanah yang penuh lumpur?
Dia yang penuh hikmah,
Maha Melihat,
Maha Pemaaf,
Maha Pengasih,
masih lagi memerhati diri dengan penuh syahdunya.
Sesungguhnya Dia amat ingin membantu diri yang hatinya itu kotor,
namun ingin membiarkan sedikit waktu untuk diri berfikir sejenak segala hikmah yang berlaku.
Allah yang Maha Pengasih,
tidak pernah menzalimi makhluk-Nya,
melainkan diri sendiri  yang berlaku zalim terhadap diri sendiri,..
duhai hati yang hakikatnya mengandungi seribu macam hikmah,
ayuh kembali pada Pencipta yang sudi menadah tangan saat diri dilempar jauh dari dunia yang penuh kejam,
sudi menyediakan mandian yang seharum kasturi agar mampu memebersihkan hati yang sebusuk longkang dan sehamis nanah.
Dia sedia menyediakan segalanya untuk diri ini andai diri ini jua ingat kepada-Nya..

Thursday, March 7, 2013

ayuh kita berhibur dengan ISLAM

im not pretty like the others, but im the prettiest among the others.
im not glamorous like the others, but its enough if im the most glamorous among the others.
im not good like u, but im the best among the rest of the people!

jangan terlalu kerap bersedih wahai sayang-sayang makhluk Allah sekalian,
ayuh gembirakan hati dengan hiburan yang telah ISLAM kita sarankan. tiada apa yang dapat menghalang kita dari berhibur, malah Rasulullah juga amat sukakan hiburan,
cuma batasan itu akan pasti sentiasa ada.
kan indah kalau kita hidup berperaturan, ada undang-undang, baru terasa diri disayangi kan?
memanglah ada, ALLAH LOVE US!! 
bergembiralah kamu dengan hiburan kerana ia salah satu terapi diri (jgn lupa zikir)

ayuh sama-sama kita berjiwang, bercinta, mencintai, dan dicintai,
aduh..indahnya rasa bahagia itu, 
indahnya jika dapat memiliki insan yang mencintai kita sepenuhnya,
boleh juga lakukan babak-babak romantik macam dalam novel.
aduh... bestnya kan...
boleh bercinta, ALLAH ALWAYS BE WITH US kn....
bercintalah dengan ALLAH,
pasti kita boleh berjiwang-jiwang..
kalau nak berjiwang-jiwnag dengan manusia boleh,
tunggu bernikah dulu ya, pasti nikmatnya terasa sampai kesyurga..

sedih itu juga perlu,
sedih itu mendekatkan diri kita dengan MAHA PENCIPTA kan.
biasalah, bila kita sedih, memang kita akan cari  yang sepatutnya,
sedih itu amat perlu sebenarnya,
salah satu cara untuk mengajar diri kita menjadi lebih matang,
sedih itu mampu membuat kita sekuat para syahid yang berjuang dimedan perang.
sedih itu boleh menjadi pengubat kita sebenarnya,
sedih itu lebih indah, kerana bisan menghadirkan perasaan untuk bergembira, lalu boleh kita berjiwang-jiwang dengan ALLAH yang patut kita cintai.

hebat kan aturan Allah?
sentiasa bagi yang terbaik untuk kita,
sentiasa nak tenangkan kita,
sentiasa nak bagi kita rasa sempurna walaupun kita tahu sampai bila-bila kita takkan sempurna.

ayuh....belajar untuk bersangka baik dengan setiap aturan yang Allah dah tentukan untuk kita.

insyaallah ketenangan yang dapat kau perolehi...

Thursday, February 28, 2013

Cinta yang memenatkan

assalamualaikum w.b.t..


cuaca indah namun hati tak semestinya setia seperti itu,
ribut melanda namun tak sama seperti tenangnya air di kali,
fatamorgana jenuh menunggu, sang pencinta setia jua menanti,
siapa sang pencinta? 
setiakah dia pada Pencipta?
atau sekadar mengakui kewujudan Pencipta, 
namun lebih mencintai kepada mereka yang turut bongkak dengan dunia..


kata orang couple itu haram,
kata orang juga bercinta itu tidak mengapa,
kenapa sering bercanggah pendapat?
tak mengapalah, sebab itu  kita ada empat mazhab di dunia ni.
islam itu sendiri amat mencintai perkataann cinta itu,
cinta itu fitrah,
cinta itu indah,
cinta itu juga amat berhikmah andai kita tahu apa itu cinta yang sebenarnya di dalam islam.
mengapa cari makna cinta dari seorang yang bukan islam??
ulama-ulama muktabar ramai unttuk memberi pendapat dan pandangan pada kita.
hayati cinta dahulu sebelum bercinta.
cinta itu akan jatuh haram hukumnya andai niat kita salah.
namun, andai hati sudah terpaut, kan islam tunjukkan cara-caranya.
indahnya istikharah dalam menentukan jawapan.
andai sudah dapat jawapannya, mengapa harus bercinta? 
jumpa sahaja keluarganya untuk merisik.
kan lebih indah.
wahai kaum hawa, andai si lelaki tidak bersedia untuk berjumpa dengan keluargamu, itu tandanya dia tidak ikhlas untuk menjadikan dirimu isteri.
wahai kaaum adam, andai si hawa tidak membenarkan dirimu berjumpa dengan keluarganya, itu tandanya dia tidak ikhlas dan tidak mahu menjadikan kamu suaminya,
islam itu mudah untuk didalami, namun mereka sendiri yang menyusahkan  diri sendiri.
ingatlah, jangan menzalimi diri sendiri, sesungguhnya dirimu amat rugi.

couple tak boleh, tapi berkawan dengan ajnabi(berlainan jantina) boleh ke?

tiada salahnya untuk bersahabat, namun untuk tujuan apa bersahabat dengan berlainan jantina?
kalau sekadar bermsg2 diwaktu malam, bergelak ketawa di dalam telefon, hantar msg 'smiley', untuk apakah itu?
halalkah?
kan membazir tu..
Islam amat tidak suka akan orang yang membazir.(ingat tu)
kalau bersahabat dengan ajnabi untuk saling nasihat menasihati dalam agama, kan ramai lagi sahabat yang sejantina untuk menasihati kita? kenapa? tidak seronok bersahabat dengan sejantina?
lumrah manusia, mencintai akan kemungkaran....
sedarlah bahawa itu juga adalah salah satu jalan untuk kita mendekati zina, zina mata, zina telinga, zina tangan, dan yang pasti, zina hati amatlah susah untuk dijaga...

couple dengan bersahabat dengan ajnabi juga adalah salah satu jalan yang boleh mendekatkan kita dengan zina.. andai mahu tinggalkan zaman 'couple', tinggalkanlah jua zaman 'bersahabat ajnabi'..

(boleh berurusan dengan ajnabi,atas urusan penting..ingat, islam itu indah)

Tuesday, February 26, 2013

jadilah hamba yang tidak pernah menyerah

assalamualaikum w.b.t..
sesunggunya tanpa kita sedari masa makin mencemburui kita, malah apa yang mahu dibuat,hampir-hampir tidak punya ruang untuk memenuhinya, usia juga makin lanjut, rambut semakin gugur dek kerana penat memikirkan hala tuju hidup yang sebenar. sedarikah diri bahawa kita semakin hari semakin melupakan nikmat dan rahmat yang telah Allah berikan dan yang sentiasa Allah berikan..tidak putus-putus rahmat Allah. sedangkan kita seringkali mengingkari perintah-NYA. kita yang semakin hari semakin mencintai kerosakan, menyayangi kemaksiatan, seolah-olah lupa bahawa punya neraka yang sedang rindu menarik kita kedalam bara api jahanam.. tidak sedarkah kita? pasti perkataan sedar yang terlintas dihati,namun nafsu masih kuat untuk mengabaikan segala kata hati.

tertarik diri ini dengan satu perkataan dari novel 'Cinta High Class karangan novelis istimewa dihati ini, Fatimah Syarha' iaitu fatwa hati.. sesungguhnya hati kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam membuat pilihan, malah sentiasa memberikan jawapan yang mampu menenangkan hati kita. tetapi,nafsulah yang memesongkan kita, lalu hati juga yang dipersalahkan.

selagi dunia masih belum terbalik, selagi nyawa masih belum tertarik, jadilah hamba yang tidak pernah menyerah, andai hari semalam kita melakukan dosa dengan tanpa rasa bersalah, mohonlah taubat dari Maha Pencipta. andai hari ini masih lagi melakukan dosa dengan rasa gementar, mohonlah lagi taubat kepada Maha Pengampun, dan andai masih lagi terfikir untuk melakukan dosa pada keesokan hari, bersedialah dengan perisai iman didada pada hari ini, agar esok kita lupa akan neraka, tapi rindu melakukan amal kebaikan.

kan indah kalau kita punya sahabat yang sentiasa mengajak kita untuk mendekatkan diri pada Sang Pencipta.

Ya Allah.. dekatkan hati ini dengan sahabiah-sahabiah yang mampu mengajakku kejalan dakwah-Mu, kuatkan pula hatiku dengan sahabiah-sahabiah yang mampu menjauhkanku dari diri-MU, sesungguhnya aku mahu tabah setabah sahabat baginda dahulu, aku mahu tabah setabah Bilal bin Rabah, aku mahu kuat sekaut Saidina Umar, aku mahu tenang setenang saidatina Khadijah dan aku mahu bijak sepertimana isteri kesayangan Baginda, Saidatina Aisyah...