Wednesday, January 26, 2011

Tuesday, January 25, 2011

no words~~~


How can I say right now??
Only words ‘sad’ I can say..
Oh no!
Im really2 sad..

YA ALLAH..
Sdih ke aku?
Murahnya air mata ni!
Aku bnci air mata..
Knape aku yang lalui saat ni?
Knapa ditarik balik dia daripadaku?
Sungguh aku bnar2 sedih..
Ucapannya yang terakhir membuatkn aku mati seketika..
Apakah hikmahnya?
Pertama kali dlm hdupku.,..aku menyintai seorang insane kerana agama yang ada pd dirinya..
Mungkin dia tidaklah sealim ulama’
Tidak sewarak al-hafiz..
Namun..berbekalkan segala ilmu agama yg ada pdnya..
Membuatkn aku tertarik dgn ilmunya..
Seketika sahaja bertemu di alam maya..
Namun..byknya kenangan yg tidak melalaikan aku drpd meningatiMU..

YA ALLAH..
Aku pohon kepadamu dengan segala qudrat yang ada pada diriku ini..
Kau tenangkanlah hatiku ini..
Kau bentengkanlah air mataku..
Kau pagarilah hatiku ini..

Jika dia benar jdohku sehingga kesyurga,
KAU izinkanlah aku menjga hati ini dari dinodai..
Ku pohon kepadaMU…
Aku menyayaginya kerana MU YA ALLAH..

Friday, January 21, 2011

Ikhlaskanlah hatiku wahai MAHA PENCIPTA..

YA ALLAH..
Mudahnya hati ini terusik..
Mudahnya hati ini memberi..
Mudahnya hati ini menyintai..

YA ALLAH..
Ku pohon kepada-MU..
Izinkanlah aku meniti setiap detik dengan penuh keinsafan dan dalam kasih sayang..

YA ALLAH…
Aku hanya mampu untuk menunggu saat hikmah dijatuhkan keatasku..
Aku ingin mengalami sendiri hikmah yang KAU berikan kepadaku..
Izinkan aku menjadi salah seorang yang penyabar..
Supaya aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman..

amen..ameen ya rabbal alameen..

Tuesday, January 18, 2011

kupohon sekali lagi

Sopan pabila melihat caranya..
Indah pabila memandangnya..
Tenang pabila bersamanya..
YA ALLAH..
Janganlah KAU tarik perasaanku tika ini..

Kulihat lukisan jiwa menjadi satu..
Getaran-getaran cinta umpama seiring dengan kehendakMU..
YA ALLAH..
Tidak pernah kurasakan nikmat ini..

Perasaan yang gundah sekejap sahaja menjadi tenang dek nasihatmu itu..
Benang yang dahulunya penuh selirat..
Kau sanggup membetulkannya kembali..
Sabarnya kamu wahai adam..
Alangkah indahnya jika setiap detik aku lalui dengan penuh kegembiraan tanpa melupakanMU..

Kugenggam panji dengan penuh kasih..
Kepegang erat kasihmu dengan penuh kesyukuran..
Bertemu kasih tanpa jasad..
Pertemuan ini seindah taman Firdausi..
Kita bicara tanpa suara..
Sunggu indah..
Bertuahnya aku tika ini..
YA ALLAH…

Namun..mungkin hanya aku dan DIA yang memahami..
Kasihku ini tidak mungkin bersatu..
Tidak akan ada ikatan yang kuidamkan selama ini..
Tatkala melihat kau yang sedang memegang erat tangan si dia..
Murahnya air mataku tika itu..

YA ALLAH..
Izinkan aku menggapai kembali kebahagiaan itu..
Benarkan aku phon keindahan itu..
Dengan seorg insan..
Bergelar..
SUAMI..

Saturday, January 15, 2011

kerAna cinTA harus MEMILIH..


• dengan berakhirnya cinta, tentu sahaja bekas kekasih menjadi sosok yang dibenci. Apa lagi bila putusnya kerana ada peristiwa terdahulu. Adanya pihak ketiga, kecurangan dan aneka persoalan lainnnya. Bekas kekasih menjadi musuh luar biasa. Mencemuh bukan main kalau terlihat wajahnya. Akhirnya dia menjadi musuh, tidak menjadi teman. Berbeza dengan konsep perhubungan dan persahabatan. Sama sekali tidak ada istilah bekas teman atau bekas sahabat.

• Kalau berteman, ya untuk selamanya. Toidak ada nafsu meledak-ledak, tidak ada emosi yang berlebihan, semuanya apa adanya. Saling mendukung saling menyokong. Tidak ada juga istilah bekas sahabat, semuanya akan selalu menjadi sahabat. Friendship forever!


• Semakin banyak kekasih kamu, maka semakin banyak pula ‘bekas’ kamu. Kalau bekasnya sudah banyak, boleh juga nanti musuhnya banyak. Kita akan dikenalo sebagai ‘cewek’ atau ‘cowok’ yang suka bertukat ganti teman lelaki.

• Sejak di sekolah menengah sudah mula bercinta, bayangkan sahaja kalai bernikah usia 30-an. Sudah berapa bekas kekasih bergelimpangan di jalanan? Pasti banyak dan bahkan sudah lupa jumlahnya!


• Berbeza dengan perhubungan dan persahabatan. Teman seribu masih sedikit, musuh satu sudah banyak! Kita selalu memerlukan teman, semakin banyak teman maka akan semakin berwarna hidup kita. Boleh bertukat fikiran, berkongsi wawasan dan saling menasihati dalam kebaikan dan amal soleh. Tidak ada kecenderungan apa pun, lebih asyik dan lebih menjaga kehormatan kita sebagai manusia. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan.

Thursday, January 13, 2011

hakikat CINTA

Anak remaja pada zaman ini terlalu taksub akan cinta duniawi. Tidakkah kita sedar akan hakikat cinta ini?
Kita hanya memandang kearah keseronokan sahaja. Tidakkah kita fikirkan impaknya bercinta pada usia remaja? Benarkah hati kita benar-benar puas akan nikmat cinta yang kita alami tika ini? Mengapa kita tidak menunggu saat yang sesuai? Tidakkah kita digelar terlalu terburu-buru?
Jika kita bertanya kepda rakan sebaya kita. Mengapa mereka bercouple? Pasti ada dikalangan mereka yang akan berkata “saja, suka-suka. Nak cari pengalaman.” Ataupun begini “dorang semua couple, apa salahnya saya couple juga.” Dan kadan-kadang reaksi mereka boleh mempengaruhi diri kita. Mungkin kita juga akan berfikir sedemikian. “aku pun nak couple juga. Tak salah pun kan.” Dan kadang-kadang kita risau diri kita tidak couple pada zaman remaja ini.
Persoalannya, pentingkah kita berfikir soal cinta manusia pada tika ini? Mengapa perlu risau jika kita belum berpunya? Memang betul perasaan cinta ini datangnya dari Allah. Allah yang member rasa cinta,sayang dan suka. Namun, kita haruslah mengawalnya. Setiap perkara yang berlaku kan ada hikmahnya. Allah beri rasa cinta ini adalah untuk menguji sekuat mana iman makhluk-Nya. Setabah mana kita mahu menghadapinya. Adakah dapat membawa kearah kebaikan? Ataupun kearah kemaksiatan? Kita sendiri yang akan memilihnya.

Cintaku hanya indah,
Hanya bahagia untuk selamanya,
Apa yang kurasakan ini,
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku,
MencintaiMU tak mengenal waktu,
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati,
MencintaiMU tak mengenal ragu,
Keyakinan hatiku,
Hanya untuk diriMU,
Selalu…

Jika kita faham akan lirik lagu ini, dengan mudahnya kita akan menitiskan air mata kita. Cintailah Maha Pencipta kerana perasaan cinta kita layak untuk diri-NYA.pilihlah yang sebaiknya. Bahagia @ derita? Belajar @ bercinta? Berjaya @ merana? Pahala setiap hari @ dosa setiap saat? Tenang @ gusar? SYURGA @ NERAKA? Wallahu’alam

sAHAbatkah KAMU??

Apa erti sahabat? Samakah dengan kawan? Or teman?sahabat adalah satu status yang memberi impak kepada sesetengah orang yang mencintai persahabatan. Jika dilihat dari konsep luarannya, sahabat adalah sama seperti kawan or teman. Tahukah kamu betapa pentingnya sesebuah persahabatan itu? Jika kita mengkaji dari satu sudut, ramai orang yang sanggup melupakan sahabatnya semata-mata kerana sebuah cinta yang belum tentu dimiliki? Sahabat juga perlu mencintai dan dicintai. Mengapa cinta itu hanya ditujukan kepada kekasih sahaja?

Jika kita melihat persekitaran sekarang, ramai sahabat yang suka tikam dari belakang, gunting dalam lipatan dan pelbagai lagi. Sanggyupkah kamu mngumpat, mngeji dan menghina sahabatmu sendiri dihadapan orang lain? Tidak ada istilah ‘ex-friend’ kerana sudah terang lagi nyata bahawa ikatan persahabatan itu kekal selamanya. Namun mengapa perlu ada perkataan ‘you do your own business and I do my own business’??perlukah sebegitu kejam?

Tidakkah kamu tahu bahawa prntingnya menjaga tepi kain orang? Pentingnya menjaga tepi kain sahabat kita sendiri? Kita seharusnya saling menasihati antara satu sama lain kerana nobody perfect! Mengapa jika lelaki yang kamu cintai menegur kamu,kamu boleh ikuti? Namun jika sahabatmu menegurmu kamu perlu mengatakan perkataan yang tidak sepatutnya? Tidakkah dikira kejam? Sampai bila kamu mahu menhambakan dirimu terhadap seorang lelaki yang masih belum digelar SUAMI?? Bodohkah kamu ataupun terlalu naifkah kamu? Apakah salahnya jika searang sahabat menasihati dirimu? Itu bermakna dia amat menyayangimu.

Jika dia mengajak kearah kebaikan, mengapa kamu perlu menolak ajakan itu? Kamu tidak mahu berubah? Malah kamu boleh mengatakan “im not interest, sorry.” Ataupun begini “im not that type, saya tak suka join benda macam ni.” Manusia boleh berubah, dan apabila satu ajakan kearah kebaikan ditujukan kepada kamu, kamu harus menerimanya kerana dengan itu kamu dan kita boleh sama-sama berubah kearah kebaikan. Orang alim bukan sejak dilahirkan menjdi alim terus, tetapi mereka diajar dan diasuh untuk melakukan kebaikan seterusnya menjadikan mereka searang yang alim.

Jika seseorang itu mahu berubah kearah kebaikan, memakai pakaian yang menutup aurat, selalu mengikuti majlis agama, mengpa kamu harus mngutuknya? Perlukah kamu mengatakan mereka begini “alah, baject alim jer dia tu.” Sahabatkah kamu? Seharusnya kamu menyokong dan memberi dorongan kepada mereka yang mahu berubah. Itukan perkara yang baik malah dituntut oleh islam.

Akhir kata, berfikirlah kamu sejenak, sahabatkah kamu bagi dirinya. Adakah kamu mencuba melakukan yang terbaik untuk menjadi seorang sahabat? Tidak perlu mengatakan “AWAK BUKAN KAWAN BAIK SAYA.”!! Kecil hati kawan kamu jika kamu berkata sedemikian. Cukuplah simpan di dalam hati kerana ‘kadang-kadang kebenaran itu membawa kesilapan’. Jazakillah. . .

Wednesday, January 5, 2011

stress!!!


telinga sakit..
td doc ckp telinga de kulat coz xde tahi telinga dlm telinga..
sakit2..
dari kul 8 smpai kul 10 kt dlm klinik..
hmwrk xsiap..
pnat2..
bkn sket hmwrk..
tp BANYAK!!
kompem xtido mlm ni..
kejang gak otot2 jari ni menulis je kejenyer...

dilema

Surat.. itu yang bermain di benak hatiku tika ini..
Tawaran.. masih adakah harapan untukku menerima hakikat ini?
Asrama.. mampukah aku menjalani tugas sebagai penghuni asrama?

Surat tawaran asrama itu membuatkan aku benar-benar keliru..
Adakah ini takdir?
Ya.. semestinya ini takdir yang ditujukan khas buatku..
Namun.. adakah aku harus memilihnya? Ataupun membiarkannya sahaja?

Ummi..
Satu nama yang tidak asing bagi seorang anak sepertiku..
Sanggupkah aku memilih untuk berjauhan dengannya?
Ya.. memang benar suatu hari pasti kami akan berpisah..

Namun..
Haruskah aku melawan takdir?
Adakah ini takdir?
Memilih untuk berjaya bersama sahabat-sahabat?
Atau
Menemani ummiku selagi aku mampu?
Aku dilema..