Sunday, March 2, 2014

'barang' yang lepas JANGAN DIKENANG

assalamualaikum.. hope korang2 semua sentiasa happy dengan kehidupan yang Allah aturkan. sebelum sy start bukak cerita lama, jom sama2 kita doakan sedare2 kita dekat syria, palestin yang sedang berperang iman dan agama disana. moga Allah tempatkan kemenangan buat kita umat islam dan syahidlah ganjaran anda semua andai gugur menegakkan agama. aminnn..

hmmmm...sy yakin setiap insan ada cerita masing2 yang ingin korang simpan rapi dalam kenangan tu kan. kadang2 kenangan tu sebenarnya adalah kenangan yang manis, indah tapi bila kenangan tu dirosakkan sesuatu perkara tu, terus jadi kenangan yang taknak diingat langsung. ohh jahat betul si perosak kenangan terindah tu.. ehemm.. macam sy, i also had my sweet memories that now had transfered to BAD,BITTER memories.. memang taknak ingat langsung dah.!

ok sebenarnya macam ni, tadi ada kwn ni, tnya la soalan2 pasal ex boyfriend ni... dia tanyalah "kalau ex bf ikah tiba2 nak dekat ikah balik, ikah terma tak dia?" terkejut jugak mulanya sebab hati ni dah lama tutup untuk fikir benda2 mcm ni..serik mungkin? and dari situlah bercerita2 tentang ex2 bf ni... alhamdulillah hati ni dah hilang dari rasa sayang dekat ex bf... bukan sebab hati ni yang jahat sebab cepat lupa tapi sebab setiap babak ada ceritanya.. :)) tp entah kenapa sekarang hati sy rasa sedih sangat, rasa nak menangis dengan apa yang pernah terjadi and thats why im like this now.. cuba untuk jadi kuat dan matang..hakikatnya.... wanita tetap lemah.. ALLAH..ampunkan dosa aku masa lalu dan akan datang..

dulu, i've had that man... dia seoarang yang baik, alhamdulillah pada permulaanya sentiasa happy dengan cara dia.. manja2 gitu dan sangat sukakan kucing.. tp wallahualam la klau dia tipu... tp bhagianya tak lama langsung..sekejap je.. sebab dia curang dengan senior sekolah menengah sy.. masa tu rasa nak tampar2 je diorang dua.. geram dekat si dia yang xsetia and geram dengan si senior yang rampas kekasih i..hahha gedik pulak.. kantoi pun sebab sy bukak fb si dia and terus tgk inbox.. ada msg2 dorg.. well i've hurt so much.. boleh kata kemurungan tu datang silih berganti..dah lah tahun nk spm tu.. dugaan datang melimpah ruah.. masalah cinta, masalah pelajaran and masalah kawan2 sekolah yang dah pulaukan sy sebab sy bercinta sedangkan masa tu sy vice president badan dakwah dekat sekolah tu..NAUZUBILLAH...moga ALLAH ampunkan dosaku.. mcm mana sy boleh terjebak dengan cinta nafsu ni sedangkan sy budak bdan dakwah? ada masa kita cerita, insyaallah..

well... lepas sy menangis2 dan terus menangis. study tak semangat, gi skolah tak semangat sebab kwn2 yg dok perli, makan je selera.. then 1 malam tu, sy luahkan semua dekat ummi sy yg very cool dari perspektif seorang ibu yang suka dengar bebelan anak dia ni.. cter2 smbil nangis.. masa tu tak fikir malu dah.. and my mom response very well! ummi nasihat anak dia yang tak tahu malu bercinta ni.. and ummi pesan, "ingat setiap dosa yang adik buat bukan adik sorang yang tanggung, arwah abah, abang, abangchik, atok, paksedara semua akn tercalit sama. adik tak kesian ke dekat abah kt kubur tu..lain yang diminta lain yang dapat. doa anak yang soleh je kan yang dpat bantu abah dekat kbur." tapi masa tu memang tak fikir dah pasal dosa pahala, hanya fikir cinta. mcam mana nak selamatkan cinta dari si senior tu.. so ummi suruh stop contact dengan si dia, kejar cita2 dulu.. and sy pun ptuskan hbungan tu dengan keadaan yang tersedu sedannya.. well u win my senior.. heheh..sory akak.. terima kasih sebab tunjukkan jalan keluar buat sy.. tanpa akak yg kcau hbungan kami, mungkin sy still dengan cinta nafsu sy..

lepas je sy ptuskn hbungan dengan dia, mcam2 yg ALLAH kasi... sampai sy lupa nak kira n catit.. ALLAH buang jauh2 cinta nafsu sy dan ALLAH kasi sy ketenangan.. dan alhamdulillah sy masih cuba untuk menjaga hati sy dari cinta2 nafsu. minta gurau2 tu adalah.. biasalah nakal kn.. even fahrin ahmad, randy pangalila, doktor hkl pun sy minat,. ramai bebenor.. but my heart still available.. still waiting my husband to steal my heart..

kepada si dia, "sy hrap awk berubah untk jd insan yang lebih jujur hatinya, jujur kata2nya dan tahu menghargai wanita. sy maafkan setiap penipuan yang pernah awk buat dekat sy... trima kasih sangat tanpa awk, sy takkan jadi macam sekarang. alhamdulillah.. "

setiap yang berlaku kan memang pasti ada hikmahnya.. and now!! misi sy adalah......

-------------

Wednesday, January 1, 2014

lets drink milk!

assalamualaikum w.b.t..

Selamat memulakan tahun 2014!!

Tahukah anda semua bahawa kita semua amat memerlukan susu dalam kehidupan harian. tak kiralah air susu, sabun susu, lotion susu ataupun pencuci muka susu.. secara amnya kita memang memerlukan susu. dan sudah pastilah susu ibu adalah yg terbaik sekali di dunia ni..

kita patut minum susu sekurang2nya 2 gelas sehari dan tak boleh lebih dari 3 gelas. kenapa saya cakap kita perlukan semua tu? jom turun bawah::::.................v



sebab dalam susu adanya protein, vitamin B12, vitamin E, calcium, phosphorus, vitamin C dan ada lagi yg kecil2 tu..

 apa kebaikan protein?
         ~~> baik untuk muscle kita kan.. sebab tu lelaki2 yang nak bina badan tu dorang ada susu dorang. untuk build up dorang punya otot.

apa pulak kebaikan vitamin B12?
       ~~> baik untuk tumbesaran otak kita. kajian ada menyatakan bahawa mereka yang dewasa2 tu, kalau minum susu mengikut saranan, memori dorang lebih baik dari yang tak minum tu.. so, lets together take two glasses of milk daily ok!

kebaikan vitamin E?
     ~~> semestinya untuk kulit! sebab tu skrang ni byk produk dari susu kambing, collegen susu, sabun mandian susu..semua susulah..supaya diri selembut susu.....^^

kebaikan calcium pulak?
    ~~> untuk tumbesaran tulang, menguatkan gigi dan tulang.. dan mengelakkan kita orang dewasa ni ada masalah osteoporosis. tapi kalau nak elakkan masalah tulang diusia tua, start minum dari umur 19 ok.. klau umur 30 bru nk start, mgkin peratus dia 20% or 30%.. tapi, better late than never kn..

tetapi.................

kalau kita ambil lebih dari yang disarankan, kemungkinan besar berlakunya overweight dan obesiti.. kenapa ya? sebab...terkandungnya lemak dalam susu tu...sebab tu ada susu lemak krim.... hehe..

dan juga... selalunya kanak2 akn ada allergic pada susu lembu. jadi, tukarlah kepada susu kambing. sunnah tu kan..


jadi, kepada kita dan mereka2, jemputlah mengamalkan minum susu 2 gelas sehari..

takpun, kalau kita ni jenis tak suka sangat minum susu, makanlah cadboury dairy milk tu..atau biskut tiger..aummm.

Monday, May 20, 2013

sup ayam enak (non original from korean)


assalamualaikum w.b.t..

harini teringin nak share sikit resepi-resepi yang saya pernah buat. resepi yang lebih kepada main campak-campak je. certain orang mungkin tak suka mencuba. but..why not kita cuba sesuatu yang baru kan? janji makanan tu sedap sudah.. resepi harini adalah sup ayam enak!

bahan-bahan:
1/4 seekor ayam. potong besar.. bukan macam sup ayam biasa.
4 biji bawang putih.
1 jintan manis
2 batang serai(saiz sderhana)
2 sudu teh garam
spotong halia.(kalau nak bau kuat letak besar sikit.terpulang)
2 mangkuk besar air putih.(plain water)
2sudu minyak masak(untuk tumis)

cara membuat:
1.basuh ayam dengan sebersihnya.. buanglah lemak2 yang ada dekat situ. bawag putih dengan serai tu tak payah tumbuk or cincang. just penyek je.(ambil pisau then penyek dorg tu guna pisau, senang sikit) halia pun buat perkara yg sama.
2. panaskan periuk, letakkan minyak 2 sudu tu tadi. terus letak bawang putih untuk ditumis. bila dah naik bau terus masukkan air. terpulang sebenarnya nak letak banyak mana air tu.
3. masukkan serai, jintan manis n halia tu tadi. masukkan garam. bila dah agak2 mendidih, masukkan ayam tu.
4. biarkan ayam tu empuk dalam 1 jam. kita nak kasi dia lembut n empuk. sebab tu perlukan air yang banyak. rasalah masin ke tak, kalau kurang rasa,letak lagi garam. nak lg sedap, bubuh lada hitam. memang bagus untuk kesihatan.


senang je nak buat dia. saya masih lagi amatur, sebab tu main campak je bahan-bahan tu. semangat buat sup ni lepas tengok cerita korea, we got married. cuma dorg letak ginseng n herba-herba. kita letak ikut tekak melayu je.. gambar tak ada, tak sempat nak snap..so..selamat mencuba!