Monday, December 31, 2012

Selamat TAHUN BARU dengan AZAM baru.

Assalamualaikum w.b.t untuk semua umat islam dan salam sejahtera kepada mereka yang masih belum beragama islam... sudah lama rasanya si pencerita ini tidak menggerak2kn jari yang makin malas rasanya. si penceri ta ini sebenarnya sedang berusaha keras untuk menggapai cita-cita untuk membela ekonomi islam yang makin lama makin ramai ditipu oleh ekonomi dunia yang dipegang oleh kaum yahudi.. kaum laknatullah. si pencerita ini sedang menuntut di salah sebuah uitm di malaysia.tidak perlulah diceritakan dimana kawasan uitm itu...yang pasti..UITM DIHATIKU.(^-^) si pencerita ini mengambil jurusan perakaunan.. sebab itu si pencerita ini mahu membela nasib ekonomi islam.. sedangkan kita semua tahu pada zaman dahulu umat islam amat hebat dalam memonopoli pasarn ekonomi.(betulkan saya kalau saya salah). 

oleh itu..dengan semangat tahun baru yang bakal meletup di seluruh dunia ini..si pencerita ini mahu memasang azam iaitu belajar sehebat yang mungkin namun masih dalam keadaan yang serba rendah diri.. kerana si pencerita ini seringkali tewas akan nafsu dunia.. hati yang melonjak2 mahu menjadi seorang yang sangat takbur meski memiliki ilmu yang serba kekurangan dan cetek sekali..  doa si pencertita ini adalah ingin menggapai setinggi yang mungkin kejayaan..dan andai takdir kegagalan menyebelahi, doakn agar si pencerita ini sentiasa bersabar dan redha akan ketentuan YANG MAHA MEMBERI... 

kepada yang bakal pergi ke kawasan2 hiburan, mahu melihat letusan bunga api yang menarik, si pencerita ini mahu mendoakan agar letusan bunga api itu  mampu memberi sinar cahaya yang diidamkan oleh semua manusia... kepada warga pejuang negara(palestin), si pencerita ini doakan kalian semua tetap dengan pendirian membela nasib agama. maaf kerana hanya doa yang mampu si pencerita ini hulurkan.. sesungguhnya si pencerita ini serba lemah..mahu membaiki diri dan mahu juga pergi kesana, gara dapat menjadi seorang yang syahid... menang atau syahid haura itu impian si pencerita.. doakan kita semua... selamat menjadi hamba Allah yang sentiasa merendah diri... 

SELAMAT TAHUN BARU!

Friday, September 14, 2012

mencemburui etnik rohingya

assalamualaikum wahai makhluk Allah yang paling indah didunia... sesungguhnya kita adalah anugerah yang tidak ternilai di muka bumi ini...setiap yang ada di muka bumi ini mempunyai nilai2 yang tertentu dan harus kita hargai..meski batu kecil dijalan juga mempunyai nilainya.. kenapa aku berkata begitu? wallahualam apa yang terlitas difikiran aku pada tika ini..namun cukup sekadar aku kata setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Ya Rabbi... musykil aku dengan kehidupan yang penuh jalan2 berselirat... tiap kali aku cuba untuk mendekati diri-Mu yang penuh cantik,penuh indah...pasti dugaan yang hampir sama akan aku perolehi.. namun kali ini aku cuba untuk berlagak tenang..sentiasa mengingatkan diri akan pengalaman lama agar diri tidak terjerat lagi... setiap manusia pasti akan mendapat ujian masing2 yang harus mereka tempuhi.. ya..aku tahu itu...dan begitu juga aku.. jika jutawan2 mendapat ujian dengan dibentangkan kemewahan didepan matanya, aku dibentangkan ujian yang perlu aku perangi dengan hati yang sabar dan harus sentiasa muhasabah diri... mungkin ujian seperti itu yang paling sukar untuk aku perangi,sebab itu Kau beri lagi sekali ujian yang hampir sama...

Ya Rahim.. Kau Maha penyayang..sentiasa menyayangiku walaupun aku seringkali melakukan dosa...ampunkan aku dengan kisah jahiliah aku... tiada apa yang mampu aku jihadkan untuk umat islam diluar sana...hanya mampu menagis tatkala membaca kisah2 mereka yang dibunuh tanpa belas...doa yang aku kirimkan,harap2 sampai kpd hati mereka, para pejuang syahid...pejuang agama islam.. ampunkan aku kerana tiada apa yang mampu kulakukan... malu aku degan sikap sambil lewa terhadap dunia yang sedang ganas mengecam umat Rasulullah...

'Mereka tidak pernah cuba untuk lari dari masalah'.. ya..ujian meeka terlalu berat,siapa yang mampu menggalasnya? hanya mereka yang berhati nurani sahaja yg mampu..tidak pernah lari dari islam meski tahu diri akan dikecam kerana statusnya sebagai umat islam... berat2...berat ujian... mereka tidak merungut langsung...hanya berserah pada YANG ESA....

'tapi aku..?' ujian yang tidak seberapa...terus merungut...membedil dengan kata2 ketidakpuasan hati... ampunkan aku Ya Allah...aku cuba untuk menjadi yang terbaik dlm diri... jika etnik rohingya memilih untuk terus memperjuangkan hak mereka, jika palestin memilih untuk mengambil mempertahanka masjid al-aqsa, aku memilih untuk terus tetap dengan pendirianku sekarang...andai aku tersalah jalan,sedarkan aku dengan azab2.. andai aku merungut,pujukkanlah aku dengan ganjarang2 orang yg bersabar... aku perlukan kompas dari-Mu... janganlah Kau kirimkan ajnabi buat masa ini... aku memerlukan sahabiah yang mampu bergelak ketawa,menagis berduka..menegurku atas kesalahn yg aku lakukan... aku rindukan sahabiah seperti itu... mohon berkat dari-Mu...

Monday, September 3, 2012

Tiru Cara Mereka

assalamualaikum bagi umat Muhammad makhluk Allah yang diberi hidayah memiliki title ISLAM samada sejak lahir mahupun sesudahnya.. ingin aku cerita ataupun mengajak semuanya untuk berfikir dengan apa yang akan aku perkatakan...

seronok bila melihat cerita2 'omputih' yang berunsurkan keharmonian kekeluargaan... walaupun mereka memang terkebnal dengan pendedahan sosial yang melampau2, tapi nilai2 murnbi dalam kekeluargaan masih lagi utuh.. kenapa aku memuji mereka ya? mungkin anda semua perasan yang rakyat malaysia majoritynya memang tak pandai nak menunjukkan kasih sayang samada sebagai seorang ibu,ayah,abang mahupun kakak...
kenapa aku cakap macamni? 
kerana aku sendiri melihat suasana begini, mungkin aku juga pernah merasainya..ya,pastilah [ernah kerana aku antara rakyat malaysia yang mempunyai ibubapa dari bangsa melayu.. mungkin xsesuai aku katakan bangsa melayu, lebih elok kalau aku masukkan sekali 1 malaysia... melayu,cina dan india... 

apa yang pasti, semua ibubapa di negara malaysia ni amat saynagkan anak2nya...sehinggakan tidak pandai dan tidak tahu cara untuk mendekati mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.. yang mereka tahu,jikalau anak2 melakukan kesalahn, dicapainya rotan lalu dirotannya anak2 itu... why?? yes i know, memang xsalah rotan anak2 kalau mereka buat salah, tapi xsalah juga kan kalau dekati mereka dan fahami mereka dengan penuh sifat keibubapaan...

satu lagi cara 'omputih' yang aku suka ni sama macam apa yang disarankan dalam agama kita,ISLAM...
mereka sangat rajin memberikan senyuman dan menghulurkan bantuan... sifat mereka ni bagi aku sangat bagus untuk dipraktikkan.. mereka tidak membezakan darjat masing2 dalam bagi senyuman atau memberi bantuan.. (memanglah ada antara mereka yang sisihkan umat islam..tapi xsemua kan...macam kita juga...sisihkan orang yang berlainan agama dari kita).. Tapi anda semua tahu tak yang sifat yang ada pada mereka inilah yang mampu menarik berjuta2 orang untuk memasuki agama mereka..cara mereka lebih kurang macam dakwah qudwah hasanah...  sedangkan cara dakwah ini yang disarankan oleh Rasulullah kepada umat Islam untuk menarik orang2 yg bukan islam untuk memasuki agama kita... kenapa mereka yang   belajar apa yang Rasulullah ajar?? kita kena tiru balik apa yang mereka tiru...tak salah kan?

yang last ni khas untuk suami isteri..(yang couple terang sama sekali tak boleh contohi!)

----> how they love each other and how they create the love everyday...
aku suka cara mereka berkasih sayang, sangat2 caring dan banyak yang mereka ambil dari Rasulullah kita... bijak kan mereka? bila mereka gaduh, si suami yang akan mainkan peranan dulu. si suami akan keluar sekejap untuk tenangkan keadaan...then bila dah agak tenang baru mereka bincang elok2... masyarakat kita lain, pung pang pung pang..habis perkataan semua keluar.. kalau boleh baling pinggan mangkuk habis dibalingnya... suami ada yang relax je, dan ada jugak yang melenting... habis dipukulnya isteri... ni ke cara Rasulullah ajar kita??

satu lagi.. suamiu 'omputih' ni terlalu ringan tulang untuk membantu isteri..even kt dapur! sama kan macam Rasulullah buat dulu dengan aisyah dan isteri2 baginda.. rajin didapur.. tak kisahlah x pndai memasak pun..tolong siklit2 pun da dapat buat isteri bertambah2 sayang dekat suami tu... masyarakat kita lain... kerja isteri didapur.. isteri lah yang kena masak, basuh baju, bersihkan rumah, jaga anak... haishh... kesian dekat isteri... bila isteri curang mula lah melenting.. si suami tu tak nak toleransi sangat.... ni bukan Rasulullah ajar... jauh sangat...  kita tiru balik apa yang mereka dok tiru dari Rasulullah.. banyak manfaatnya... Dapat PAHALA lagi...sunnah Rasulullah la katakn... beristeri 4 boleh buat, kata sunnah,..tapi xingat dah sunnah lain,... 

Saturday, July 28, 2012

berita baik untuk orang yang bertaubat!!

dah terlanjur buat maksiat atau dosa?? jangan putus asa. pintu taubat tiudak pernah tertutup untuk kita selagi nyawa masih ada dan matahari tidak terbit dari barat ke timur.
jom kita lihat apakah berita gembira itu..


  1. petua kejayaan. apa kata masukkan bertaubat dan beristighfar sebagai salah satu langkah mencapai kejayaan. ini selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud "dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beroleh keberuntungan (beroleh kejayaan)." (surah al-nur 24:31)
  2. lupus dosa. jika dahulu dosa seolah-olah menjadi "perhiasan" diri, kini dosa akan dibakulsampahkan. pasti seronok kalau akaun dosa kini jadi defisit. Allah berfirman yang bermaksud: "wahai orang2 yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat (taubat yang semurni-murninya). mudah2an Rabmu akan menutup kesalahan2 dan memasukkan kamu kedalam jannah yang mengalir dibawahnya sungai2." (surah al-Tahrim 66:8)
  3. keburukan diganti dengan kebaikan. tidak percaya? hayati mafhum al-Quran ini:"kecuali orang yang bertaubat,beriman dan mengerjakan amal soleh ; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah al-Furqan 25:70)
  4. anugerah dan nikmat. Asbab beroleh anugerah dan nikmat seperti ditambahkan kekuatan,anak,harta ataupun diturunkan hujan. Allah berfirman yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-NYA.(jika kamu mengerjakan yang demikiann), nescaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kewaktu yang yang telah ditentukan dan DIA akan memberikan tiap2 orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (surah Hud 11:3)
  5. dicintai Allah. bukan sekali, malah berkali2 Allah akan ulang kenyataan ini. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:" sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (surah al-Baqarah 2:222)
petikan dr: solusi isu 46

kerana yang mahu berubah itu aku..

kerana aku hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa2 yang istimewa melainkan diberi hati untuk dicorak,diberi akal untuk bijak berfikir dan jasad untuk bebas bergerak..
cemburu melihat ramai gadis2 muslimah yang anggun bergaya walhal hanya dikenakan pakaian yang simple coraknya... kerana aku manusia biasa..cemburu melihat ramai gadis muslimah yang sopan santun dan tinggi ilmunya..
justeru, dengan perasaan ingin beruibahm,aku cuba untuk mencorak diriku menjadi seperti mereka dan mencuba menjadi yang lebih baik.. alhamdulillah, perubahan itu berjaya aku laksanakan..namun,tiada gunalah berubah sahaja tanpa istiqamah yang tekad... aku tersungkur...
kerana aku manusia, yang tak lari dari melakukan dosa.. bermukim sebentar diatu tempat atas arahan.. sikit demi sedikit aku berubah..namuin aku tidak menyalah persekitaran kerana aku yang berhak mencorak diriku sendiri,bukan persekitaran... jauh dari keluarga dan tidak mengenali sesiapa disitu..hanya aku.. terbang tudung labuhku kerana 24jam terpaksa memakai tudung yang disediakan..kalau tak pakai karang kena hukuman pulak... alhamdulillah, Allah memang Maha Menjaga makhlukNYA... DIA menjaga aku dengan memberi ahli2 bilik yang baik dan menjaga akhlaknya... walaupun tidak sama.mereka menghormati aku dan mendengar segala bebelanku...  aku disana juga menjaga batas2 pergaulan antara ajnabi... mungkin ini salah satu sifatku,malas mahu memandang lelaki.. di saat2 akhir aku disana,aku berkawan rapat pula dengan dua orang gadis yang comel dan sopan.. disitrulah aku mengajak mereka 'lepak' disurau selepas duty..(jam 4pagi)... kami melakukan banyak solat sunat..alhamdulillah memang satu nikmat dan kenangan yang tak dapat aku lupakan... sekejap namun bermakna...

sekembali aku di tempat tinggalku, aku jadi seperti diriku yang dahulu... tudung labuh terus dijadikan barang antik yang disimpan di almari bilik.. aku mahu memakainya..namun tiada kekuatan kerana banyak dosa yang aku lakukan...seperti tidak layak langsung untuk memakainya... kadang2 terasa juga bila orang2 sekeliling bertanya mana hilangnya aku yang dahulu... hmm... aku cuma ada satu jawapan sahaja... "berilah ruang dan masa untuk aku berubah kepada yang dahulu..kerana aku mahu mencari hidayah tanpa meniru orang sekeliling dan tanpa sifat cemburu terhadap gadis2 muslimah yang anggun dan sopan santun itu...agar2 aku mampu beristiqamah dan terus tekun melaksanakan tugasan2 yang diarah olehMU.."

Saturday, April 28, 2012

Arah tuju sebenar seorang anak (pelajar)


Tak semua ibu bapa memahami kehendak sebenar anak2  mereka. Tetapi apa yang pasti merka mahukan yang terbaik untuk anak2 yang disayangi . mereka terlalu mahukan yang terbaik sehingga menyebabkan anak2 terpaksa following all the flow without thinking twice for what the best for themselves.

Sehingga tanpa disedari mereka telah menghabiskan banyak masa semata2 mahu mencapai ‘cita-cita’ ibu bapa mereka tanpa memikirkan cita-cita mereka yang sebenar. Adakah ibu bapa tidak sedar kecenderungan yang terdapat dalam diri setiap anak2? Sekiranya anak sulung tidak berkesempatan (tak layak) menjadi seorang doctor, mengapa mendesak anak kedua pula menjadi seorang doctor? Tidakkah itu mementingkan diri sendiri? Siapa kata hanya pekerjaan professional sahaja yang dapat mengecapi kemewahan? Sedangkan orang yang menjual plastic juga mampu menjadi jutawan.. pekebun yang dahulunya hanya mempunyai sebidang tanah juga mampu memiliki ber’ekar2 tanah dan mampu mengeksport hasil usaha mereka.. malah mereka boleh menjadi lebih kaya berbanding doctor, jurutera, peguam dan banyak lagi. jangan terlalu mendesak anak2 kerana takut2 satu hari nanti mereka akan stress dan segala apa yang dilakukannya langsung tiada ketenangan..

kalau anak itu xpndai matematik dan amat meminati subjek bahasa inggeris, jangan paksa mereka jadi akauntan, galakkan mereka ambil bidang yang berkaitan dengan apa yang diminatinya. Ibu bapa perlu menyedari bahawa kejayaan anak2 itu bergantunng kepada kerjasama yang wujud antara anak dan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak2 menjadi seorang chef, insyaAllah suatu hari nanti anak itu yang terpancul di kaca tv sebagai chef undangan dalam rancangan masakan. “redha Allah datangnya dari redha ibu bapa”. Oleh itu, belajarlah untuk meredhai segala yang dilakukan oleh anak2 selagi ia tidak bercanggah dengan agama….
*this is my opinion.. tell me if im in the wrong path

Tuesday, April 17, 2012

all about them

alhamdulillah dapat jugak luangkan sikit masa untuk cerita tentang kawan2 sekeliling... have a few of friends is better than trillion of friends...so that we can make all of them happy as well(ayt tunggang langgang)...
these are my friends who are always be my backbone(hahah) and support me and also make me unsatisfied...but in reality..i need all of them to make my life perfect and wonderfull.....

random people ok...


nor aini abdul rahim

mate die comel..bulat ala korean gitu...
aini ni antara kawan paling lama berkawan ngan pmilik blog ni..
die sorg yang sangat happy go lucky n mmg periang..
tapi die keras kepala!!! what she want,she must get it whether it hard n hurt..
tapi die mmg bsmgat...klau nk drongan dari die mmg bgus...kitorg ade stu mtlamat yg same slame ni...(rhsie)
her colour is red bcoz rase membara n sntiase hangat bile ngan die...nver evr n ever got boring with her...hehe...




name:safinah harun @ abdullah

she had such a beautiful and wonderful of eyes..
 safinah ni memang baik..(better than me)..
die xalim tp die tinggi ilmu agamanya.. die seorang yang pndiam (selalu kene buli mse f3)..
kuat jugak termenung..kadang2 org bebel pon die xdengar..
die ckp die ada amnesia...but the reality who knows right..
die jujur sangat.. terus terang..
 her colour is blue(sebab die jiwang n melayan perasaan)
die tahan dengan perangai pemilik blog ni.. saranghae omunni

name:siti norhajar awang

have a cute eyes(jangan bangge sangat..hahah)
die ni memang lawak sangat...
kadang2 orang kate die annoying..tp for me, she's okay..annoying is good right..
die ni minat sangat dengan komik..smpai saggup balut lawa2..
die pandai sangat masak...but i love her chocolate cake...(^_^)
die agak kalut... bile marah..suke ejek die..haha lawak..
die ni kuat jugak memerintah..tapi wt dunno je...
her colour is green(because she's friendly n clumsy..hahaha)

name:nuraini abu hassan


kecil molek..macam kucing...tp die mmg comel...
boleh jd conan sbb mcm kuat investigate..
die agk blurr...but sometimes she more expert than us..
die pon minat komik..sb die xsuke bace ayt pnjang2 macam novel...
die pndai masak jugak...n die mnjekn si roro die...hahah...
die pndai menari oh! gg...
dan die xpndai nk sorok emosi die bile dengan orang..tgk muke pon dah boleh agkla...
her colour is yellow n grey(sbb emosi die xstabil dlm diam..when she is upset..she's pretending to be cool)

nor syafika mad aris

die comel..cerah n mult die mcm tweety...
die ni minat korean dramas...
die ni mmg prihatin but always upset n stress mse dulu..
die pon kuat jugak emosi..tp now she is under control..haha..
die pndengar yg baik..tp suke gaduh dengan pmilik blog ni...
die ni 24jam suke msg dgn pmilik blog ni...dah mcm sebati dgn diri maybe..
die bijak..tp.clumsy..hahah...mse skolah..umi selalu kemaskn meja die sbb bsepah dgn buku2 n ktas2...
but die baik sgt..klau kite marah n bebel..die diam je..hahah...
her colour is peach(sbb can understand her heart)

mohd nasruddin yusuf

this is my younger brother...die ni pgkat wdik wlaupun beze umur kami 5hari je...
die ni pndai sngat masak..mmg paling rajinla...expert than me about kitchen..
die ni baik...sangat..n suke senyum...
ketua kelas yang paling berdedikasi...
die suke menolong(ingat l;agi pnah kacau die tidop smata2 nk sruh die belikn minyak petrol)
die ni baik lagi...mmg banyak lah yang baik tentang die..
xcomel pon..tp die smart smarter n smartest..haha
die dah krus..tp nk krus lagi..ape punye olang la...
her colour is black(jangan disangka air yang tenang tidak akn berkocak..evn die baik sngat..tp jangan uji tahap kesabaran die sbb sometimes die misterious)

umi humaira yg pkai spek tu

kwan paling cool cooler n coolest..
die ni mmg rajin sangat2...(ank sulung mmg kne rajin)
umi jenis orang yang xkisah ape orang nk ckp pasal die jnji die lalui hidup dengan tenang n happy..
orang yang positif but sometimes die tertekan jugak dengan keadaan sekeliling..
selalu kne buli dgn kwan laki die yang sorg tu..(redha jela)..
yang bagusnye...die suke kemaskn meja pikah aris..sbb bsepah sgt..haha...
wne yg ssuai tuk umi adalah biru firus...when u see her..u feel nothing much cooler than her..

azmaziela anuar
kecomelan die datangnya dari kecomelan ayahnye(ckgu fizik kami)
die ni digelar paparzi smjp...sbb smue hal ttg skolah n pnduduk skolah die tau..(evn gosip)
azma ni orang yang kalut.....lawak klau die kalut...
tapi die mmg positif...
yg pnting..tulisan die comel cam die...hehe...
her colour is yellow...sbb kite boleh nmpak sinarnye.....sinar mean positif..
lailatul badariah md sani
yang pkai tdung coklat tu..
laila ni cun...seresly die mmg baik...
die hebat akaun..(tabikkk!!!!)
laila ni byk btol ckpnye...kepoh...tp ckgu xmrah die sgt sbb die hebat!
laila ni baik...dun wori...what she say almost logic....
wne untuk die oren..(xtau nape oren ni ssuai tuk die...but i love orange..so i love laila like i love orange la)


noor hazwanni nazuki
ni salah sorg kwn pemilik blog ni...
wani ni pada asalnya baik dan sopan..tp sejak bkwn dgn kami org..die jd hnas sket..haha...tp still simpan kesopanan die pd mse2 tertentu..
ade sorg kwnnye ckp..bibirnye seksi..er..pmilik blog xsdar sbb xtgk sgt..hehe...
tapi wani ni pndiam sgt klau dduk dgn org pndiam jgak...
but sometimes suke jgak memerli..but die okay what..
wne ssuai tuk die coklat..sbb kdg2 coklat tu sdap dimkan sbb wnenye yg mnarik..tp jgn tpdaye dgn coklat tu...sbb xsmue prasaan die boleh ditutupi dgn kmanisan coklat tu..


*yang lain2 akn menyusul sbb dah lenguh menaip pnjang..


___thanks for being my good friends___

Sunday, March 11, 2012

again...

amatur lagi...

abtract art again

choose the right one if u want to make a better person

i'm pooh

sometimes when we crying..we can feel that it was rahmat from HIM for us

happy weird sea..

Saturday, March 10, 2012

new hobbies


disebabkn suke beli kertas lukisan n bhan2 painting... tibe2 rajin nk painting n drawing.... then..minta ajar sifu masta sorg ni..(aini).. ni lah hasil blaja n tiru dr aini..haha..




ni theme happy kot...^


mickey~~




ni amatur lg... tiru masta punye...

ni permulaan dulu... thanks kepada mood kerana bagi ilham nak habiskn smue kertas lukisan

Saturday, February 25, 2012

exercise mulut

dah lama sangat tak update blog ni..
hari ni saja ja nak cerita sikit pasal kuantan..
kami (me n my sis) saja jalan2 kt kuantan hari khamis baru2 ni..
kami tak pergi banyak tempat pon..just kona2 area bndar besar tu je..
mula2 pkul 7.30 kami dah smpai kt terminal BP... bus pon dah ade..
kami masuklah kn... tapi rase asing sangat.. rasa mcm ada kt negara jiran..(ramai orang indon)
takut pon ade jugak..tapi buat cool jelah..
disebabkn mengantuk..naik bus..terus tido..sampailah smpai kuantan..
sampai je kt terminal kuantan..kakak terus ajak pergi KP (kuantan parade).. ceq terus ternganga..
"kak, nape xstop kt KP trus je td? kn bus tu stop kt KP?"
then kakak jwb cmni: "saje je malas nk stop td.."(dengan muke xbersalah langsung)

ceq pon agak geram jugaklah...then ternampak kedai mamak jual roti canai..ape lg... ajak brkfst jelah dulu kt sne... sedap btol...
then kami pon pegilah berjalan sampai KP...
sampai je..orang memang xramailah..bagus btol...xdelah sesak mcm selalu..
kakak pon ajk naik 2nd floor.. then pegi kedai fon...tggu lah dalam 10 min.. lepastu ajak gi megamall...
ceq ni terlopong lg...

"kak..gi KP ni buat ape je?"
"nak amek fon angah..then kite blah lah"

ceq skali lg rse geram..buat penat je berjalan jauh...

tapi xpe..nasib baik cuace xpanas dan mendung je...
kami pon naiklah teksi (atas desakan ceq) n sampailah megamall..
tempat 1st kami gi..kat pusat game..main game kereta n mcm2 lg...best sgt sbb dah lme sgt xmain...
org xrmai..tp majority budak skolah yg pakai tshit skolah dorg.. ( aktiviti pendidikan jasmani kt pusat game..betuah punye budak)
xlme pon main... habis 10ringgit je.. slalu rm50 pon xckup..haha
lepastu kakak ajak gi tgok wayang..(YA ALLAH...1st time tgk wayang.)
takut jugak sbb kn orang kate xelok tgk kn.. sbb byk mksiat..tapi alhamdulillah lah sbb orang mmg xrmai.. xsmpai 20org kot.... n kami duduk jauh2.. sit sebelah xde orang pon.. n ade satu family yang tgk wayang tu.. kire xdelah maksiat kn..
kitorg tegok cter adnan sempit 2... lawak betul... xrugi sangat..

ok lepastu habis je tgk wayang..kami kluar lah kn... masuk je tndas...tgk baju penuh dengan popcorn..hahah... nmpak sangat makan beterabur..

lepastu perut rase lapar.. kami pon turunlah kt ground floor kot..
ajak kakak makan sushi..tapi masuk2 je restoren tu...rase nak muntah pulak..terus kluar..
then ajak mkn kt kenny rogers roasters... tapi kakak pulak xnak..
xsdap mne untuk lidah melayu




kakak ajak gi pizza... yelah..ikut je sbb lapar sgt... nk gi kuar megamall dah xlarat da...
makanlha...
not bad..tapi xsedap sgtlah..sedap lg pizza kt temerloh..

lepastu teringin nak mkn burger mcD.. belilah...tapi sebab perut kenyang.. simpan dulu..makan dalam bas nnt..
then naiklah bas... naik je bas.ngantuk sangat..then trus tido mcm mse nk pegi kuantan tu..hahah...
bas jengka liner...cantik kn
pukul 8 bru smpai BP...penat betul...tp oklah..dapat enjoy dengan kakak... (gi kuantan wajib dengan kakak)..
tu je nak share..
tq..
assalamualaikum

Friday, January 27, 2012

please be humble to HIM

assalamualaikum.. dah lama x kacau entry..

kali ni nak cerita tentang semua makhluk Allah di muka bumi ni...
dalam surah al hasyr ada menyebut mengenai makhluk Allah yang tunduk pada pencipta mereka.. kalau kita dapat lihat gunung-ganang sujud kepada Allah.. kenapa Allah tak bagi kita tengok makhluk2 mcm tu sujud kepada Allah? mesti setiap yang berlaku ada sebab kan... pasti manusia akan takut menggigil dan malu kepada gunung ganang.. sedangkan mereka sentiasa sujud,berzikir,bertasbih dan memohon ampun kepada Allah...kita manusia? sebaik2 jadian...paling sempurna antara makhluk yang Allah ciptakan...tidak malu untuk tidak sujud kepada Allah dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..malah sering melalkukan maksiat dengan penuh rasa bangga.. tidak malukah kita dengan makhluk yang lain? sedangakn ikan tidak bergerak tatkala azan dilaungkan...kita manusia? boleh bergelak ketawa, berborak tanpa menghiraukan azan yang sedang berkumandang..langsung tiada rasa hormat dengan laungan azan yang penuh mulia itu...

saya sendiri malu dengan ikan.. pernah satu hari tu... sedang saya menonton tv dirumah...dkat tepi tv ada akuarium..ada ikanla dalam tu... bila tiba waktu zohor..saya tengok ikan tu xbergerak...pelik jugak mula2... then azan pon berkumandang... saya still tgk ikan tu.... semasa azan tengan berkumandang sampai habis..ikan tuy tak bergerak langsung....smpailah habis saya baca doa lepas azan..baru ikan tu bergerak..then sy perhati lagi pada waktu asar n maghrib untuk surekn...ya..memang ikan tu xbergerak msa azan... masa tu saya tergamam... terlintas dalam hati... Ya Allah..sedangkan ikan boleh duduk diam masa azan berkumandang..apatah lagi kita manusia...seharusnya lebih baik dari itu! 

makhluk2 lain dengan tekun beribadah lepada MAHA PENCIPTA...sedangkan kita manusia.... tekun melakukan kerja dunia...  langsung tidak memikirkan ganjaran2 apabila melakukan ibdaha yang dituntut oleh Allah... sedar2lah..masa sudah dekat... kita tak tahu masa bila ajal kita datang... mane tahu masa tengah minum air..tercekik then mninggal..ataupun tengah tekan2 keyboard...then tangan krem then mninggal..wallahualam... rahsia Allah...kita tak tahu...






Wednesday, January 11, 2012

maksud disebalik hadiah

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu, 
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra, ...
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..


MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))

don't judge

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. ... "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??

doktor tersebut tersenyum dan berkata : " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya..

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi berkata : " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.

."memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..

x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat.!

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is  what they're going through

Sunday, January 1, 2012

bahana bercakap ketika azan


Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya

masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata

apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan

kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan

kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan,

kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.



Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri

tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan

diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan

lidahnya ketika nazak.



Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita

tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang

dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn

izinNya ,menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama

menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu

semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami

dengan kematian yang baik lagi mulia ,lancarkan lidah kami mengucap

kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin..

amin Yarobbal a'lamin..



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A :




Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..





Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.





Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.





Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.





Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma

masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit

terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk

pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak

ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.



Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui

e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali

berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI

SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH..

*cahaya pelangi