Tuesday, February 26, 2013

jadilah hamba yang tidak pernah menyerah

assalamualaikum w.b.t..
sesunggunya tanpa kita sedari masa makin mencemburui kita, malah apa yang mahu dibuat,hampir-hampir tidak punya ruang untuk memenuhinya, usia juga makin lanjut, rambut semakin gugur dek kerana penat memikirkan hala tuju hidup yang sebenar. sedarikah diri bahawa kita semakin hari semakin melupakan nikmat dan rahmat yang telah Allah berikan dan yang sentiasa Allah berikan..tidak putus-putus rahmat Allah. sedangkan kita seringkali mengingkari perintah-NYA. kita yang semakin hari semakin mencintai kerosakan, menyayangi kemaksiatan, seolah-olah lupa bahawa punya neraka yang sedang rindu menarik kita kedalam bara api jahanam.. tidak sedarkah kita? pasti perkataan sedar yang terlintas dihati,namun nafsu masih kuat untuk mengabaikan segala kata hati.

tertarik diri ini dengan satu perkataan dari novel 'Cinta High Class karangan novelis istimewa dihati ini, Fatimah Syarha' iaitu fatwa hati.. sesungguhnya hati kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam membuat pilihan, malah sentiasa memberikan jawapan yang mampu menenangkan hati kita. tetapi,nafsulah yang memesongkan kita, lalu hati juga yang dipersalahkan.

selagi dunia masih belum terbalik, selagi nyawa masih belum tertarik, jadilah hamba yang tidak pernah menyerah, andai hari semalam kita melakukan dosa dengan tanpa rasa bersalah, mohonlah taubat dari Maha Pencipta. andai hari ini masih lagi melakukan dosa dengan rasa gementar, mohonlah lagi taubat kepada Maha Pengampun, dan andai masih lagi terfikir untuk melakukan dosa pada keesokan hari, bersedialah dengan perisai iman didada pada hari ini, agar esok kita lupa akan neraka, tapi rindu melakukan amal kebaikan.

kan indah kalau kita punya sahabat yang sentiasa mengajak kita untuk mendekatkan diri pada Sang Pencipta.

Ya Allah.. dekatkan hati ini dengan sahabiah-sahabiah yang mampu mengajakku kejalan dakwah-Mu, kuatkan pula hatiku dengan sahabiah-sahabiah yang mampu menjauhkanku dari diri-MU, sesungguhnya aku mahu tabah setabah sahabat baginda dahulu, aku mahu tabah setabah Bilal bin Rabah, aku mahu kuat sekaut Saidina Umar, aku mahu tenang setenang saidatina Khadijah dan aku mahu bijak sepertimana isteri kesayangan Baginda, Saidatina Aisyah...

No comments:

Post a Comment