Saturday, July 28, 2012

kerana yang mahu berubah itu aku..

kerana aku hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa2 yang istimewa melainkan diberi hati untuk dicorak,diberi akal untuk bijak berfikir dan jasad untuk bebas bergerak..
cemburu melihat ramai gadis2 muslimah yang anggun bergaya walhal hanya dikenakan pakaian yang simple coraknya... kerana aku manusia biasa..cemburu melihat ramai gadis muslimah yang sopan santun dan tinggi ilmunya..
justeru, dengan perasaan ingin beruibahm,aku cuba untuk mencorak diriku menjadi seperti mereka dan mencuba menjadi yang lebih baik.. alhamdulillah, perubahan itu berjaya aku laksanakan..namun,tiada gunalah berubah sahaja tanpa istiqamah yang tekad... aku tersungkur...
kerana aku manusia, yang tak lari dari melakukan dosa.. bermukim sebentar diatu tempat atas arahan.. sikit demi sedikit aku berubah..namuin aku tidak menyalah persekitaran kerana aku yang berhak mencorak diriku sendiri,bukan persekitaran... jauh dari keluarga dan tidak mengenali sesiapa disitu..hanya aku.. terbang tudung labuhku kerana 24jam terpaksa memakai tudung yang disediakan..kalau tak pakai karang kena hukuman pulak... alhamdulillah, Allah memang Maha Menjaga makhlukNYA... DIA menjaga aku dengan memberi ahli2 bilik yang baik dan menjaga akhlaknya... walaupun tidak sama.mereka menghormati aku dan mendengar segala bebelanku...  aku disana juga menjaga batas2 pergaulan antara ajnabi... mungkin ini salah satu sifatku,malas mahu memandang lelaki.. di saat2 akhir aku disana,aku berkawan rapat pula dengan dua orang gadis yang comel dan sopan.. disitrulah aku mengajak mereka 'lepak' disurau selepas duty..(jam 4pagi)... kami melakukan banyak solat sunat..alhamdulillah memang satu nikmat dan kenangan yang tak dapat aku lupakan... sekejap namun bermakna...

sekembali aku di tempat tinggalku, aku jadi seperti diriku yang dahulu... tudung labuh terus dijadikan barang antik yang disimpan di almari bilik.. aku mahu memakainya..namun tiada kekuatan kerana banyak dosa yang aku lakukan...seperti tidak layak langsung untuk memakainya... kadang2 terasa juga bila orang2 sekeliling bertanya mana hilangnya aku yang dahulu... hmm... aku cuma ada satu jawapan sahaja... "berilah ruang dan masa untuk aku berubah kepada yang dahulu..kerana aku mahu mencari hidayah tanpa meniru orang sekeliling dan tanpa sifat cemburu terhadap gadis2 muslimah yang anggun dan sopan santun itu...agar2 aku mampu beristiqamah dan terus tekun melaksanakan tugasan2 yang diarah olehMU.."

No comments:

Post a Comment