Saturday, April 28, 2012

Arah tuju sebenar seorang anak (pelajar)


Tak semua ibu bapa memahami kehendak sebenar anak2  mereka. Tetapi apa yang pasti merka mahukan yang terbaik untuk anak2 yang disayangi . mereka terlalu mahukan yang terbaik sehingga menyebabkan anak2 terpaksa following all the flow without thinking twice for what the best for themselves.

Sehingga tanpa disedari mereka telah menghabiskan banyak masa semata2 mahu mencapai ‘cita-cita’ ibu bapa mereka tanpa memikirkan cita-cita mereka yang sebenar. Adakah ibu bapa tidak sedar kecenderungan yang terdapat dalam diri setiap anak2? Sekiranya anak sulung tidak berkesempatan (tak layak) menjadi seorang doctor, mengapa mendesak anak kedua pula menjadi seorang doctor? Tidakkah itu mementingkan diri sendiri? Siapa kata hanya pekerjaan professional sahaja yang dapat mengecapi kemewahan? Sedangkan orang yang menjual plastic juga mampu menjadi jutawan.. pekebun yang dahulunya hanya mempunyai sebidang tanah juga mampu memiliki ber’ekar2 tanah dan mampu mengeksport hasil usaha mereka.. malah mereka boleh menjadi lebih kaya berbanding doctor, jurutera, peguam dan banyak lagi. jangan terlalu mendesak anak2 kerana takut2 satu hari nanti mereka akan stress dan segala apa yang dilakukannya langsung tiada ketenangan..

kalau anak itu xpndai matematik dan amat meminati subjek bahasa inggeris, jangan paksa mereka jadi akauntan, galakkan mereka ambil bidang yang berkaitan dengan apa yang diminatinya. Ibu bapa perlu menyedari bahawa kejayaan anak2 itu bergantunng kepada kerjasama yang wujud antara anak dan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak2 menjadi seorang chef, insyaAllah suatu hari nanti anak itu yang terpancul di kaca tv sebagai chef undangan dalam rancangan masakan. “redha Allah datangnya dari redha ibu bapa”. Oleh itu, belajarlah untuk meredhai segala yang dilakukan oleh anak2 selagi ia tidak bercanggah dengan agama….
*this is my opinion.. tell me if im in the wrong path

1 comment:

  1. Ana sokong pendapat anti..
    moga ibubapa di luar sana dpt memahami anak dgn betol.

    ReplyDelete