Saturday, April 6, 2013

makin diteguk makin dahaga


Sesungguhnya dunia ini masin, makin diteguk makin dahaga.

“ Dunia ibarat air laut,
Diminum hanya menambahkan haus,
Nfsu bagaikan fatamorgana,
Di padang pasir…”
Antara bait-bait lagu nasyid yang pernah didendangkan oleh The Zikr suatu ketika dahulu. Harus kita fahami hakikat akhirat yang perlu kita garab. Solat dan puasa antara salah satu cara untuk mencari pesona akhirat. Melebihkan akhirat dari segalanya.
Sedarilah bahawa solat merupakan terapi jiwa yang terbaik solat juga mampu menjadikan seorang mukmin itu ketagih, ingin lagi dan lagi. Andai ini yang dirasakan dalam diri kita, nescaya ia merupakan satu rahmat yang cukup besar. Lihatlah al-Rabi’ bin Khutaim, walaupun beliau lumpuh dan diberi penegcualian daripada solat berjemaah di masjid, beliau bukan sahaja tetap menunaikan solat, malah tetap berusaha untuk berjemaah. Apabila hati sudah ketagih solat, pantang terdengar kalimah “ marilah solat”, walaupun terpaksa merangkak pasti sanggup.
Sebagaimana puasa, Allah tidak pernah mensyariatkan sesuatu, melainkan pasti mengandungi hikmah yang demikian besar. Sesungguhnya puasa mempunyai 1001 makna yahng tersirat. Puasa mampu menjadikan seorang muslim itu sabar, melawan nafsu, mendidik menjadi manusia yang berdisiplin dan mengutamakan akhirat daripada duniawi. Malah pada hakikat sebenar, puasa mampu menjadikan tubuh badan kita bertenaga dua kali ganda. Lihat betapa sayangnya Allah kepada hamba – hamba-Nya yang penuh dosa. Maski kita sentiasa melakukan dosa, Allah tetap memberi syafaat kepada kita. 

No comments:

Post a Comment