Saturday, April 9, 2011

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik^^

alangkah indahnya memiliki pasangan yang mempunyai ciri islamic..


tiada siapa yang mahukan sesuatu perkara itu tidak sempurna.
samalah dengan pasangan hidup kita dan perhubungan dalam perkahwinan.
kita menginginkan sesuatu yang sempurna,namun diri kita sendiri tidak sempurna. malah masih banyak kelemahan yang bersawang dalam diri kita..
pemikiran yang kolot, pramatang, ridak memandang kedepan, tidak menerapkan nilai2 murni yang diajarkan oleh rasulullah..
hentikanlah impian kita kalau diri sendiri tidak mencuba untuk merubah kearah kebaikan.
sedangkan kita sendiri tahu bahawa "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

dari sini kita haru berfikir dan mencuba menjadi seorang yang baik..
perubahan dalam diri kita harus dilaksanakan jika kita mahukan sesuatu yang setimpal dengan usaha kita..
tutuplah dadamu dengan melabuhkan tudungmu itu,
cantikkanlah badanmu dengan melebarkan bajumu itu,
hiasilah dirimu dengan melabuhkan pakaianmu,
sesungguhnya ia akan dipandang tinggi oleh ALLAH..

jika kita seorang yang berbadan besar,
tidakkah kita malu dengan penampilan diri kita yang serba memalukan itu?
memakai pakaian yang membungkus aurat,
seperti membungkus nangka.
tidakkah kita malu?
kadang2 ALLAH menjadikan kita gemuk kerana ALLAH mahu kita lebih mendekatkan diri dengan-NYA..
namun,masih ramai yang suka mendedahkan diri dengan memakai pakaian yang seksi.
lelaki suka melihat kita seksi pada amnya,
namun,pernahkah kamu mendengar mereka sesama mereka berbicara tentang pakaian wanita yang serba kehinaan?
malulah wahai ukhti..
pakailah pakaian mengikut ajaran islam yang sebenarnya..
jagna bila da kiamat baru nak menyesal..

sikap dan perangai itu lain pula ceritanya, yang penting, tunjukkanlah kesopanan dalam pemakaian keran luaran melambangkan dalaman,
insyaallah, jika kita pakai pakaian yang benar2 menutup aurat, sedikit demi sedikit dalamn kita jua akan menjadi cantik keran diri dihiasi pakaian yang indah lagi sopan..
akhir kalam, moga kita sam2 merubah diri dari baik kepada yang lebih baik dan seterusnya mampu menjadi nisa' solehah..

No comments:

Post a Comment