Saturday, January 15, 2011

kerAna cinTA harus MEMILIH..


• dengan berakhirnya cinta, tentu sahaja bekas kekasih menjadi sosok yang dibenci. Apa lagi bila putusnya kerana ada peristiwa terdahulu. Adanya pihak ketiga, kecurangan dan aneka persoalan lainnnya. Bekas kekasih menjadi musuh luar biasa. Mencemuh bukan main kalau terlihat wajahnya. Akhirnya dia menjadi musuh, tidak menjadi teman. Berbeza dengan konsep perhubungan dan persahabatan. Sama sekali tidak ada istilah bekas teman atau bekas sahabat.

• Kalau berteman, ya untuk selamanya. Toidak ada nafsu meledak-ledak, tidak ada emosi yang berlebihan, semuanya apa adanya. Saling mendukung saling menyokong. Tidak ada juga istilah bekas sahabat, semuanya akan selalu menjadi sahabat. Friendship forever!


• Semakin banyak kekasih kamu, maka semakin banyak pula ‘bekas’ kamu. Kalau bekasnya sudah banyak, boleh juga nanti musuhnya banyak. Kita akan dikenalo sebagai ‘cewek’ atau ‘cowok’ yang suka bertukat ganti teman lelaki.

• Sejak di sekolah menengah sudah mula bercinta, bayangkan sahaja kalai bernikah usia 30-an. Sudah berapa bekas kekasih bergelimpangan di jalanan? Pasti banyak dan bahkan sudah lupa jumlahnya!


• Berbeza dengan perhubungan dan persahabatan. Teman seribu masih sedikit, musuh satu sudah banyak! Kita selalu memerlukan teman, semakin banyak teman maka akan semakin berwarna hidup kita. Boleh bertukat fikiran, berkongsi wawasan dan saling menasihati dalam kebaikan dan amal soleh. Tidak ada kecenderungan apa pun, lebih asyik dan lebih menjaga kehormatan kita sebagai manusia. Tidak perlu ada kata cinta yang membuai, tidak perlu beradegan mesra mengundang dosa. Hanya sebuah perhubungan yang saling menjaga hati dan perasaan.

No comments:

Post a Comment