Thursday, January 13, 2011

hakikat CINTA

Anak remaja pada zaman ini terlalu taksub akan cinta duniawi. Tidakkah kita sedar akan hakikat cinta ini?
Kita hanya memandang kearah keseronokan sahaja. Tidakkah kita fikirkan impaknya bercinta pada usia remaja? Benarkah hati kita benar-benar puas akan nikmat cinta yang kita alami tika ini? Mengapa kita tidak menunggu saat yang sesuai? Tidakkah kita digelar terlalu terburu-buru?
Jika kita bertanya kepda rakan sebaya kita. Mengapa mereka bercouple? Pasti ada dikalangan mereka yang akan berkata “saja, suka-suka. Nak cari pengalaman.” Ataupun begini “dorang semua couple, apa salahnya saya couple juga.” Dan kadan-kadang reaksi mereka boleh mempengaruhi diri kita. Mungkin kita juga akan berfikir sedemikian. “aku pun nak couple juga. Tak salah pun kan.” Dan kadang-kadang kita risau diri kita tidak couple pada zaman remaja ini.
Persoalannya, pentingkah kita berfikir soal cinta manusia pada tika ini? Mengapa perlu risau jika kita belum berpunya? Memang betul perasaan cinta ini datangnya dari Allah. Allah yang member rasa cinta,sayang dan suka. Namun, kita haruslah mengawalnya. Setiap perkara yang berlaku kan ada hikmahnya. Allah beri rasa cinta ini adalah untuk menguji sekuat mana iman makhluk-Nya. Setabah mana kita mahu menghadapinya. Adakah dapat membawa kearah kebaikan? Ataupun kearah kemaksiatan? Kita sendiri yang akan memilihnya.

Cintaku hanya indah,
Hanya bahagia untuk selamanya,
Apa yang kurasakan ini,
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku,
MencintaiMU tak mengenal waktu,
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati,
MencintaiMU tak mengenal ragu,
Keyakinan hatiku,
Hanya untuk diriMU,
Selalu…

Jika kita faham akan lirik lagu ini, dengan mudahnya kita akan menitiskan air mata kita. Cintailah Maha Pencipta kerana perasaan cinta kita layak untuk diri-NYA.pilihlah yang sebaiknya. Bahagia @ derita? Belajar @ bercinta? Berjaya @ merana? Pahala setiap hari @ dosa setiap saat? Tenang @ gusar? SYURGA @ NERAKA? Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment