Thursday, January 13, 2011

sAHAbatkah KAMU??

Apa erti sahabat? Samakah dengan kawan? Or teman?sahabat adalah satu status yang memberi impak kepada sesetengah orang yang mencintai persahabatan. Jika dilihat dari konsep luarannya, sahabat adalah sama seperti kawan or teman. Tahukah kamu betapa pentingnya sesebuah persahabatan itu? Jika kita mengkaji dari satu sudut, ramai orang yang sanggup melupakan sahabatnya semata-mata kerana sebuah cinta yang belum tentu dimiliki? Sahabat juga perlu mencintai dan dicintai. Mengapa cinta itu hanya ditujukan kepada kekasih sahaja?

Jika kita melihat persekitaran sekarang, ramai sahabat yang suka tikam dari belakang, gunting dalam lipatan dan pelbagai lagi. Sanggyupkah kamu mngumpat, mngeji dan menghina sahabatmu sendiri dihadapan orang lain? Tidak ada istilah ‘ex-friend’ kerana sudah terang lagi nyata bahawa ikatan persahabatan itu kekal selamanya. Namun mengapa perlu ada perkataan ‘you do your own business and I do my own business’??perlukah sebegitu kejam?

Tidakkah kamu tahu bahawa prntingnya menjaga tepi kain orang? Pentingnya menjaga tepi kain sahabat kita sendiri? Kita seharusnya saling menasihati antara satu sama lain kerana nobody perfect! Mengapa jika lelaki yang kamu cintai menegur kamu,kamu boleh ikuti? Namun jika sahabatmu menegurmu kamu perlu mengatakan perkataan yang tidak sepatutnya? Tidakkah dikira kejam? Sampai bila kamu mahu menhambakan dirimu terhadap seorang lelaki yang masih belum digelar SUAMI?? Bodohkah kamu ataupun terlalu naifkah kamu? Apakah salahnya jika searang sahabat menasihati dirimu? Itu bermakna dia amat menyayangimu.

Jika dia mengajak kearah kebaikan, mengapa kamu perlu menolak ajakan itu? Kamu tidak mahu berubah? Malah kamu boleh mengatakan “im not interest, sorry.” Ataupun begini “im not that type, saya tak suka join benda macam ni.” Manusia boleh berubah, dan apabila satu ajakan kearah kebaikan ditujukan kepada kamu, kamu harus menerimanya kerana dengan itu kamu dan kita boleh sama-sama berubah kearah kebaikan. Orang alim bukan sejak dilahirkan menjdi alim terus, tetapi mereka diajar dan diasuh untuk melakukan kebaikan seterusnya menjadikan mereka searang yang alim.

Jika seseorang itu mahu berubah kearah kebaikan, memakai pakaian yang menutup aurat, selalu mengikuti majlis agama, mengpa kamu harus mngutuknya? Perlukah kamu mengatakan mereka begini “alah, baject alim jer dia tu.” Sahabatkah kamu? Seharusnya kamu menyokong dan memberi dorongan kepada mereka yang mahu berubah. Itukan perkara yang baik malah dituntut oleh islam.

Akhir kata, berfikirlah kamu sejenak, sahabatkah kamu bagi dirinya. Adakah kamu mencuba melakukan yang terbaik untuk menjadi seorang sahabat? Tidak perlu mengatakan “AWAK BUKAN KAWAN BAIK SAYA.”!! Kecil hati kawan kamu jika kamu berkata sedemikian. Cukuplah simpan di dalam hati kerana ‘kadang-kadang kebenaran itu membawa kesilapan’. Jazakillah. . .

No comments:

Post a Comment